karangan

Hari ni saya bekerja dari pukul 6.30 pagi hingga pukul 8.30 malam. Saya bersama jurukamera pergi ke lapangan terbang untuk merakam ketibaan menteri luar jepun yang sepatutnya sampai pada pukul 8 pagi tetapi beliau hanya keluar daripada VIP lounge pada pukul 8.30 pagi. Kami tidak dibenarkan bertanya kepadanya apa-apa soalan. Mungkin terlalu awal untuk beliau berkata apa-apa. Mukanya pun nampak ada sedikit mamai.

Selepas itu, saya menyambut ketibaan seorang lagi jurukamera dari Manila dan terus balik ke bandar. Hari ini sungguh sibuk kerana terdapat perjumpaan antara negara-negara yang ‘happening’. Saya pun bukan begitu mengambil tahu, orang suruh tunggu, kita tunggu lah.

Saya pergi sekali lagi ke lapangan terbang pada pukul 3 untuk mengambil wartawan-wartawan yang tiba dari Beijing. Saya pernah berjumpa dengan mereka pada Disember lepas. Ketuanya, Mr. I adalah seorang yang agak comey. Rupanya sungguh skima dan pada mulanya saya agak tidak banyak bercakap. Tetapi apabila sudah beberapa hari bekerja bersama dia, agak kelakar juga orangnya.

Pada Disember lepas, Mr. I telah pergi ke Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip. Agak kelakar saya mendengar cerita beliau tentang lawatan tersebut. Saya pun tak pernah sampai lagi untuk melihat kelip-kelip. Kemudian, dia boleh bertanya kepada saya jika saya tahu tentang sejenis kumbang yang kononnya agak istimewa. Saya hampir tergelak besar apabila melihat muka Mr. I cuba menerangkan rupa kumbang itu. Memang la orang ini pelik.

Saya memberitahu kepada Mr. I mungkin dia boleh mendapat lebih maklumat di Taman Tasik Perdana kerana di situ kan ada bermacam-macam taman. Taman burung lah, taman rama-rama lah. Saya tidak hairan kalau dia betul-betul pergi ke lake gardens selepas persidangan ini tamat. Hehe.

Terasa penat kaki saya. Selepas ini saya ingin mandi dan tidur! Itulah cerita karangan saya, yang saya karang dalam masa 30 minit.

Advertisements

7 thoughts on “karangan

  1. da king says:

    wah…
    sudah lama anda tidak berkarang dalam bahasa malaya…
    bijak bijak

  2. Mal says:

    rasa macam baca karangan budak darjah 2…. “saya pun amat menikmati karangan anda itu. adakah anda akan meneruskan karangan karangan anda di masa akan datang dalam bahasa melayu? jawab ya!”

  3. Norzu says:

    king: saya memang bijak 😀

    Mal: mungkin tidak

  4. coy says:

    menteri luar jepun mulut senget. nanti pegang mikrofon betul-betul ya. 🙂

  5. Norzu says:

    coy: masa gala dinner dia jadi hero lawan ultraman!

  6. along says:

    truskan usaha utk menjadi seorang penutur bm yang baik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: